Camne dengan Bajet 2012 yang baharu dibentangkan? Apa reaksi korang? Puas hati? Gembira? Kecewa?

Well, bak kata pepatah ‘rumah dah siap,pahat pula berbunyi’. Pelbagai pandangan, pujian dan tidak kurang juga kritikan diberi kepada Menteri Kewangan selepas pembentangan bajet 2012 yang lalu. Tak dinafikan kita tidak boleh memuaskan hati semua pihak dan ada juga apabila diberi, mahukan lebih lagi.

Satu perkara yang berjaya menarik perhatian aku ialah cadangan pampasan yang akan diberi kepada pembayar cukai sekiranya berlaku kelewatan pemulangan cukai terlebih bayar (korang boleh baca sendiri cadangan ni kat ruangan lampiran Bajet 2012, pegi ke laman web LHDN dan di ruangan atas kanan ada link nye).

Isunya disini ialah pembayar cukai akan dikenakan penalti sekiranya lewat membayar cukai tertunggak. Manakala tiada apa2 pampasan sekirannya pihak LHDN lewat memulangkan cukai terlebih bayar. Jadi agak adil bagi kedua-dua pihak sekiranya sistem ini dimulakan. Sebenarnya cadangan ini selaras dengan apa yang telah lama dibuat di kebanyakan negara maju.

Mengikut cadangan Bajet 2012, sistem ini akan dimulakan bermula tahun taksiran 2013.

Namun ia bersyarat. Pampasan ini hanya layak diberikan kepada pembayar cukai yang menghantar borang dalam tempoh sahaja. Mekanisme sistem ini ialah pampasan 2% akan dibayar atas asas harian bermula 1 hari :

1. Selepas 90 hari dari tarikh tutup pengemukaan e-filing

2. Selepas 120 hari dari tarikh tutup pengemukaan manual

Senang difahami, kan? Secara tak langsung sistem pampasan ini akan mempertingkatkan kecekapan pentadbir cukai negara ini..