Lepas balik kerja aku buka inbox dan di ruangan "Spam" muncullah emel dibawah.
Sekali baca isi kandungan emel ni aku dah tau ini emel scam – banyak kesalahan tatabahasa dan ejaan
; standard emel scam. Apa yang membuat aku terkejut ialah ianya
menggunakan bahasa melayu! Biasanya emel scam ni berbahasa inggeris.

Aku tak tahu sapa yang tulis emel ni, mungkin juga orang Malaysia sendiri atau pun Nigerian scammers
sudah upgrade skill sampai mamat-mamat durjana dah boleh hantar emel scam menggunakan
bahasa melayu. Jadi anda berhati-hati!

Selamat hari raya!

Assalammuailaikum,

Saya ingin merpenalkan diri saya terlebih dahulu. Nama
saya Puan Shahsilla Binti Sarippudin from Malaysia.
Untuk makluman saya penghidap kanser di tahap yang
serius. Dan doktor telah mengesahkan bahawa saya tidak
akan dapat bertahan hidup lebih lama. Dengan murah hati
nya saya ingin mendermakan segala yang saya miliki dan
ini adalah keinginan yang saya dan arwah suami saya
telah rancang sebelum ini. Memandangkan kami tiada di
kurniakan cahaya mata.

Dengan murah hati nya dan keikhlasan hati saya dan
arwah suami saya. Dan saya percaya allah maha
mengetahui niat saya ini. Dengan ini, saya menghulurkan
atau menyumbangkan sejumlah wang sebanyak £2,000.000.00
(Dua Juta Paun) kepada anda. Dalam memudahkan semua
urusan antara saya dan anda, saya akan meminta peguam
saya menyediakan segala dokumen yang berkenaan. Dan
dengan izin allah semua urusan akan berjalan dengan
lebih lancar, dan pindah hak milik di antara kita tidak
akan bermasalah. Semoga allah memberkati segala
kerjasama dari anda dan gunakan lah pemberian saya ini
dengan bijaksana.

Salam,
Puan Shahsilla