Minggu lepas aku tulis pasal Opera 11 dan minggu ni aku akan cuba pula perkenalkan satu lagi. Anda biasa surf internet untuk cari maklumat(ye la, apa lagi kan?), bersosial dan macam-macam lagi. Dan dalam bab mencari maklumat sudah pasti anda suka dapatkan cerita/berita/post daripada laman web tertentu, tak kiralah blog atau mana2 laman web atau pun laman sosial.

Namun sekiranya terlalu banyak laman web yang perlu diakses sudah tentu anda rasa malas nak buka serentak atau satu demi satu. Ianya memakan masa, kan?

Jadi disini datangnya Feedly. Feedly merupakan salah satu aplikasi/extension/add-on di web browser. Web browser yang membenarkan aplikasi ini ialah Chrome(Google), Firefox dan Safari. Aku biasa pakai Feedly di Chrome. Dan ia percuma.

Mengikut penerangan di laman web Feedly, aplikasi ini boleh dianggap sebagai reader bagi pelbagai sumber maklumat atau dipanggil feed (ala macam feed reader tu). Senang cite Feedly boleh dianggap magazine start page. Ada faham? Kalau tak faham juga cuba tengok sendiri di sini.

Yang paling aku suka Feedly ialah anda tidak perlu akses mana2 laman web yang selalu dilawati, Feedly akan dapatkan maklumat terkini. Senang, kan? Cuma perlu log in ke Feedly dan boleh terus baca apa2 maklumat/berita/feed terkini dari mana2 laman web asalkan laman web tersebut ada menyediakan fungsi RSS.

 

Anda tidak perlu mengakses mana-mana laman web yang selalu dilawati

Bagi yang biasa menggunakan Chrome, Feedly akan bagi petunjuk berupa nombor di logo Feedly untuk menunjukkan terdapat feed terbaru dari mana2 laman web yang anda ada akses di Feedly. Indikator ini data dalam bentuk masa sebenar (real time).

Contohnya anda selalu melawati laman blog Tun Mahathir iaitu Che Det. Sekiranya ada post terbaru di laman blog tersebut Feedly akan dapatkan feednya dan alert anda, memberitahu laman blog tersebut sudah ada post terbaru. Jadi ini menjimatkan masa kerana anda tidak perlu lagi lawati laman blog itu setiap hari untuk baca post terkini.

Feedly cuma akan alert anda jika ada feed terbaru mengikut kekerapan. Kalau Tun Mahathir ada posting di blog setiap jam, maka setiap jam lah Feedly akan beri alert.

Feedly juga hadir bersama Feedly Mini (bagi web browser Chrome). Feedly Mini membolehkan korang share apa2 page ke laman sosial seperti Facebook, Twitter, LinkedIn, Del.icio.us dan lain-lain lagi.

Cuma satu hal saja yang mungkin memberi halangan ialah Feedly memerlukan anda log in melalui akaun Google. Jadi sesiapa yang tiada akaun Google perlu wujudkan akaun terlebih dahulu. Ini kerana Feedly mengambil leverage diatas salah satu aplikasi Google iaitu Google Reader.

Jadi selamat mencuba!