Minggu lepas aku mula menggunakan Opera 11. Opera merupakan salah satu pelayar internet sumber terbuka(open source) sama seperti Mozilla Firefox dan Google Chrome. Tak banyak ciri-ciri yang membezakan antara ketiga-tiga web browser nih. Namun selepas seminggu menggunakan opera 11 ni, ada sedikit kelebihan yang boleh aku nyatakan disini.

Antara yang paling nyata ialah ciri yang dipanggil Opera Turbo. Sesuai dengan namanya, turbo diaktifkan sekiranya opera mengesan sambungan internet yang perlahan. Ia boleh diaktif secara manual atau automatik. Turbo boleh digunakan sekiranya korang mengunakan sambungan internet bukan broadband atau seperti keadaan aku sekarang dimana celcom broadband aku di’throttle’ kerana dah lebih monthly cap 5 GB.

Turbo diaktifkan sekiranya sambungan internet yg perlahan dikesan

Ciri-ciri lain yang membezakan opera dengan pesaingnya ialah Mouse Gestures. Ciri ini membolehkan korang melakukan fungsi seperti back dan forward hanya dengan bermain dengan tetikus. Seolah-olah korang main dengan fungsi touchscreen, cuma untuk Opera 11 korang main dengan tetikus.

Sementara ciri-ciri lain adalah sama seperti Firefox atau Chrome contohnya Tab Browsing, Quick Search, Skins, Password Manager, Speed dial dan lain-lain lagi.

Antara sebab utama aku try guna Opera ialah kerana browser ini tidak menggunakan banyak memori sistem (sekiranya korang pakai skin Native Windows) dan juga aku nak cuba Opera Turbo tuh coz Celcom dah throttle aku punya broadband speed. Damn!

Lagi satu aku dah muak dengan Firefox dan Chrome huhu..

Selamat mencuba!