Anis merupakan seorang kaunselor yang baru memulakan tugas di sebuah sekolah yang agak jauh di pedalaman. Disebabkan baharu memasuki suasana baru, Anis bersemangat dan excited untuk memberi bimbingan kepada murid-murid di situ.

Pada waktu rehat Anis mengambil kesempatan berjalan-jalan meneliti kawasan sekolah itu. Tidak lama kemudian dia terlihat sekumpulan murid-murid sedang bermain bola sepak. Dia perasan ada seorang murid hanya berdiri di tengah padang hanya mampu melihat rakan-rakannya yang lain bermain-main bersama. Lalu disapa lah murid yang keseorangan itu.

“Siapa nama awak?”

“Musa”

“Musa, kenapa awak duduk seorang saja disini? Kenapa tak join kawan-kawan awak yang lain?”

“Cikgu ni tak pernah tengok orang main bolasepak ke? Saya penjaga gol!”

Anis tidak lagi berani berada berhampiran di padang sekolah selepas atas sebab-sebab yang tidak diketahui..