Mercun berdentam-dentum. Walaupun dah ada satu kematian(yang dilaporkan oleh media), satu kampung bergegar, budak prasekolah cedera, rumah tinggal hancur dan ranap; bunyi mercun tetap boleh didengari hampir dimana-mana. Macam mana ini boleh berlaku? Bagaimana kita masih boleh jumpa penjual mercun/bunga api di pasar malam/bazar Ramadhan (kat pejabat pun boleh)? Bagaimana mercun boleh diseludup masuk ke negara ini walaupun telah hampir 15 tahun diharamkan?

Bagaimana kontena Pos Malaysia pun boleh diguna untuk menyeludup mercun? Rakyat Malaysia memang kreatif – Proud to be Malaysian!

Aku tulis post ni disebabkan 20 minit yang lepas, baru je nampak anak jiran luka hanya kerana main bunga api. Nasib baik klinik dekat je. Jadi tolonglah berhati-hati ataupun hentikan je main benda-benda tuh. Adakah kita nak tunggu lagi 50 orang mati dek kerana mercun baru ada kesedaran?