Seorang pelancong remaja melawati sebuah istana lama yang telah ditukar menjadi muzium. Dipenghujung lawatannya, tourist guide pun bertanya “Bagaimana dengan lawatan awak sehingga kini? Seronok?”

Maka dengan senang hati pelancong itu jawab “Yup, seronok sangat, tapi saya masih ada rasa takut bila melalui kawasan yang gelap dan kusam di istana ini.”

“Jangan risau, sepanjang saya jadi tour guide disini saya tak pernah jumpa apa-apa yang menakutkan” jawab si tour guide.

“Owh, jadi dah berapa lama awak bekerja disini?” tanya si pelancong.

“300 tahun”

Share Share on Facebook