Alhamdulillah bulan Ramadhan tiba membawa rahmat, barakah dan keampunan dari tuhan yang esa. Disini adalah niat berpuasa dan berbuka puasa buat ingatan kita bersama. Selamat berpuasa!

Niat Puasa Ramadhan (Untuk Sebulan):

Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala

Niat Puasa Ramadhan (Untuk Harian):

Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Doa Berbuka Puasa:

Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Doa Selepas Berbuka Puasa

Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

Share Share on Facebook