Aminah seorang budak yang malas dan asyik tidur dalam kelas. Suatu hari semasa kelas pendidikan Islam dia tidur seperti biasa. Entah apa skil yang dipakai ustazah tak nampak dia tidur.

Semasa mengajar ustazah bertanya kepada kelas “Siapa yang patut kita hormati dan sayangi?”

Takde seorang pun yang jawab. Aminah lagi la tak menjawab disebabkan dia tidur. Dibelakangnya ada seorang budak lelaki nakal mencucuk bontotnya dengan jarum.

Dek kerana terkejut dia terbangun menjerit “MAK!” Lalu ustazah memuji aminah kerana dapat menjawab dengan betul.

Kemudian ustazah tanya lagi “Siapa yang mencipta alam semesta dan makhluk di dalamnya?”

Lagi sekali kelas senyap. Kemudian budak nakal tadi sekali lagi mencucuk bontot aminah dan menyebabkan dia menjerit “YA ALLAH!”

Maka sekali lagi ustazah memuji aminah diatas kecekapannya menjawab soalan.

Kemudian soalan terakhir sebelum kelas tamat, “Apa yang patut kita ucap kepada suami sebelum tidur?”

Aminah yang tidak tahan dengan gangguan berkata dengan kuat “Ko cucuk bontot aku lagi dengan benda tu, siap la!”

Lalu ustazah tu terus pengsan..

Share Share on Facebook