Baru-baru ini(minggu lepas) muncul kes penghantaran emel palsu(scam) oleh pihak tidak bertanggungjawab yang cuba untuk menipu penerima emel dengan memberi impression bahawa penerima ada lebihan bayaran didalam akaun cukai pendapatan. Ternyata ini adalah satu cubaan jahat pihak yang cuba mengambil kesempatan. Kes scamming sudah mula melibatkan jabatan dan agensi kerajaan. Nampaknya scammer makin bijak dan berani.

Aku sendiri ada menerima panggilan daripada taxpayer mengadu menerima emel daripada tax-payment@hasil.gov.my mengatakan beliau ada lebihan bayaran cukai pendapatan sebanyak RM700. Kalau ada diantara korang menerima emel macam ni, JANGAN BUKA, padam(delete) sahaja. Itu scam!

LHDNM ada mengeluarkan kenyataan media. Korang boleh check di website LHDNM.

Untuk pengetahuan korang, LHDNM tidak menghantar apa-apa makluman mengenai lebihan bayaran kepada pembayar cukai dalam bentuk emel. LHDNM akan maklumkan melalui pos. Ternyata cara “old skool” lebih selamat walaupun sedikit memakan masa.

URL di emel scam tersebut adalah seperti dibawah.

Manakala URL rasmi LHDNM adalah http://www.hasil.gov.my

Membezakan URL internet banking CIMBClicks dengan URL scam(tipu).

  1. URL sebenar ada “https” dan lambang mangga kunci di hujung bar URL nya.

  1. Manakala URL scam tiada “https” dan tiada lambang mangga kunci di hujung bar URL. Kalau korang klik di link URL scam, melayang la duit-duit korang dalam akaun bank tuh! Jadi berhati-hati!

Setting bagi internet banking bagi bank-bank lain adalah sama. Pastikan ada “https” dan ada simbol mangga kunci. Jadi untuk keselamatan korang patut taip sendiri URL tersebut, jangan klik melalui link.

Disclaimer : Pandangan diatas adalah pendapat peribadi saya sahaja. Ianya tidak mewakili pendapat LHDNM dan saya tidak menerima apa-apa bayaran daripada keterangan diatas. Cuma menjalankan tanggungjawab dan cuba memberi kesedaran serta peringatan kepada anda.

Share Share on Facebook