Seorang remaja kehilangan kanta mata semasa bermain-main dengan adik kecilnya di depan laman rumahnya. Selepas puas mencari dan gagal menemui, dia memberitahu ibunya.

Serta-merta ibunya keluar dan mencari. Beberapa minit kemudian dia kembali bersama-sama kanta mata milik anaknya.

Hairan dengan kehandalan ibunya, si anak tadi bertanya ” Camne mak boleh jumpa benda ni?”

Jawab si ibu “Mak dan kau mencari dengan cara berbeza”

“Kau cari secebis plastik, mak pula mencari RM150.00”