Seorang lelaki berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan kesihatan kerana merasakan dia kurang sihat.

Doktor memeriksanya, keluar dari bilik dan kembali semula dengan 3 biji pil berlainan warna.

Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

“Ambil pil hijau ni dan minum bersama dengan segelas besar air masak pada waktu pagi. Pil biru ni pada waktu tengahari dengan segelas besar air masak dan pil kuning pada waktu malam juga dengan segelas besar air masak” terang si doktor.

“Doktor, apa sebenarnya sakit saya?” tanya lelaki itu.

“Awak kurang minum air”