Kamal ingin ke pejabat pos untuk mengepos surat kepada atuknya di kampung. Semasa dalam perjalanan beliau bertemu dengan Ahmad, kawan karibnya.

“Kau nak kemana, Kamal?” sapa Ahmad.

“Ke pejabat pos, nak hantar surat ke kampung” balas Kamal.

“Boleh tolong sikit? Aku pun nak ke pejabat pos nak kirimkan surat ni tapi aku ada hal penting, boleh tolong kirimkan surat ni untuk aku?” minta Ahmad.

“Boleh,no problem” balas Kamal. Menerima surat Ahmad untuk dikirimkan bersama-sama suratnya, Kamal kehairanan. Surat Ahmad tidak beralamat.

“Eh surat ko ni nak kirim ke siapa? Takde alamat pun” tanya Kamal.

Dengan selamba Ahmad menjawab “Oh, kepada kawan aku, nama dia Kamal”