Mael yang baru berjaya menangkap seekor kijang menggantung tangkapannya di belakang rumah. Niat asalnya mahu melapahnya pagi esok. Namun kijangnya hilang apabila dia bersiap sedia untuk melapahnya. Menganggap itu bukan rezekinya, Mael mendiamkan sahaja insiden itu.

Dua bulan kemudian dia disapa oleh Abu, yang tinggal tidak jauh dari rumahnya. Sambil berborak-borak Abu bertanya ” Jadi kau tahu siapa yang curi kijang kau tuh?”

Mael menjawab ” Tidak, tapi sekarang aku dah tahu”