Dengan kemajuan teknologi, seorang nenek yang berusia 84 tahun berjaya melahirkan seorang bayi yang comel dan sihat. Setelah beberapa hari di hospital beliau dibenarkan keluar atas kebenaran doktor.

Jiran-jiran datang ke rumahnya untuk melawat dan mengucapkan tahniah kepada nenek itu.

“Boleh kami tengok bayi awak?” tanya seorang jirannya.

“Sekejap lagi” jawab nenek itu.

10 minit kemudian seorang lagi bertanya “Bila kami boleh tengok bayi awak?”

“Bila dia menangis” jawab nenek tua berkenaan.

“Bila dia menangis? Kenapa pulak?” balas jirannya kehairanan.

Dengan muka selamba nenek itu berkata “Sebab saya lupa dimana saya letakkan bayi saya”