Minumlah air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari

Air adalah sumber penting dalam kehidupan seharian kita. Namun yang lebih penting disini air merupakan satu elemen yang menyebabkan kita terus hidup. Manusia boleh hidup sehingga lapan minggu tanpa makanan, namun hanya mampu bertahan selama tiga hari tanpa air.

Bagi orang dewasa, masa yang sesuai untuk minum air (air putih atau air masak) adalah seperti berikut:

1. Selepas bangun tidur (sebelum korang gosok gigi). Ini akan mengelakkan korang cari minuman berkafein di waktu pagi. Selain itu selepas korang bangun tidur, badan sedikit lemah kerana cairan dalam tubuh akan hilang semasa tidur.

2. Sebelum makan atau lebih tepat 30 minit sebelum makan. Ini dapat membantu pencernaan.

3. Sebelum mandi untuk menstabilkan tekanan darah.

4. Sebelum tidur untuk mengelakkan strok/angin ahmar dan serangan jantung (cuba baca yang pertama tadi)

Menurut kajian di Jerman, kita boleh membakar kalori dengan minum 1.5 liter air putih atau air sejuk. Jadi secara tak langsung membantu kita menjaga berat badan ideal.