Mitch, sorang penganggur mencuba nasib untuk mendapat pekerjaan sebagai cleaner di Microsoft. Selepas temuduga, supervisor nya memberitahu “Ok, beri saya email awak supaya saya dapat hantar borang untuk awak lengkapkan dan masa untuk awak lapor diri”

Terkejut, Mitch memprotes kerana dia tiada komputer, juga email. Maka supervisor Microsoft berkata “Jadi awak seolah-olah tidak tidak wujud kalau tak tahu guna emel dan internet dan jangan mimpi awak dapat kerja disini”

Kecewa dengan kegagalannya Mitch berlalu pergi. Tidak tahu kemana dituju dan hanya ada $10 sahaja di dompetnya, Mitch pergi ke supermarket terdekat dan membeli tomato. Kemudian menjualnya kembali dengan mendapat keuntungan 100%. Mengulangi apa yang dibuat Mitch berjaya mendapat $100 untuk hari itu.

Mitch mula memikirkan dia boleh terus hidup hanya dengan menjual tomato lalu mula membuat perkara yang sama setiap hari. Berkat usaha gigih dia kini sudah mampu hidup senang. Kini Mitch mempunyai 100 pekerja. Kesemuanya menjual tomato.

Kini Mitch mahu merancang masa depan isteri dan anak-anaknya, Mitch mahu membeli insuran nyawa. Selepas konultansi dengan ejen insuran, Mitch sudah memutuskan pakej insuran yang sesuai. Di akhir konsultansi, ejen insuran meminta Mitch memberi emel nya supaya dia dapat menghantar dokumen akhir secara elektronik .

Apabila Mitch memberitahu dia tiada emel, ejen tersebut amat terperanjat “Awak takde emel? Macam mana awak boleh jadi kaya sangat tanpa komputer dan internet? Kenapa awak tak menggunakan internet dari awal?”

Dengan mudah Mitch menjawab “Kenapa? Kalau saya ada emel dan menggunakan internet, dah tentu saya hanya jadi cleaner di Microsoft!”