Michelle, seorang pemandu trak ingin mendapatkan seekor anjing sebagai pembantu dan pelindungnya di kala waktu kecemasan. Semasa memilih calon-calon anjing yang bersesuaian, pelatih anjing memberitahu “Yang ini tidak sukakan lelaki”

“Bagus, ini yang saya cari” kata Michelle.

Suatu ketika dia dihampiri 2 lelaki semasa memberhentikan traknya di tepi jalan, Michelle ingin memerhati bagaimana anjingnya memberi respon. Seperti yang dikatakan oleh pelatih anjing, anjing berkenaan lari menyorok dibawah traknya ketika 2 orang lelaki itu menghampiri Michelle.