Seorang gadis membenci dirinya sendiri kerana dia buta.Dia membenci hampir setiap orang, kecuali teman lelakinya. Teman lelakinya seorang yang setia dan baik budi, sentiasa ada di sisi gadis buta itu. Gadis buta itu pernah berkata sekiranya dia boleh melihat semula, dia mahu mengahwini teman lelakinya.

Suatu hari, seorang penderma yang baik telah mendermakan matanya dan membolehkan gadis tadi melihat semula. Dia mahu berjumpa dengan teman lelaki dan setelah berjumpa teman lelakinya, dia terkejut mendapati teman lelakinya juga buta. Lalu tiba-tiba hatinya berubah dan tidak mahu mengahwini teman lelakinya.

Dengan hati yang hancur teman lelakinya meninggalkan gadis itu. Tidak lama kemudian gadis itu menerima sepucuk surat daripada teman lelakinya dengan kata-kata “Jagalah mata saya yang dihadiahkan kepada awak itu elok-elok”