Suatu hari seorang budak yang menjual barang dari rumah ke rumah kekurangan wang lalu bercadang untuk meminta sedikit makanan di rumah seterusnya. Sedikit terpegun selepas pintu dibuka dan seorang gadis yang agak menawan muncul didepannya, daripada ingin meminta makanan sebaliknya dia meminta segelas air minuman.

Gadis itu merasakan budak lelaki ini dahaga lalu memberinya segelas susu. Selepas habis minum budak lelaki itu bertanya "Berapa yang perlu saya bayar?" Gadis itu menjawab "Tidak perlu, mak saya mengajar saya tidak perlu mengharapkan balasan atas apa-apa pertolongan kepada orang lain" Gembira dengan jawapan budak perempuan itu, dia membalas " Terima kasih banyak-banyak, awak telah memberi pertolongan besar buat saya"

Bertahun-tahun berlalu selepas peristiwa itu, gadis tadi sudah dewasa dan jatuh sakit. Doktor di bandar tempat tinggalnya kebingungan dengan penyakit gadis itu lalu memutuskan untuk menghantarnya ke hospital di bandaraya untuk menemui doktor pakar. Doktor Howard Kelly dipanggil untuk sesi konsultasi dengan gadis berkenaan. Mendengar bandar tempat asal gadis berkenaan mengingatkannya kepada peristiwa segelas susu dahulu lalu dengan segera menemui gadis berkenaan. Melihat wajah gadis itu dia terus mengecamnya.

Dengan segera dia mencuba yang terbaik untuk cuba mengubati penyakit gadis itu. Selepas lama mencuba, akhirnya dia berjaya. Kini tiba masa gadis berkenaan untuk membayar kos perubatan penyakitnya. Menerima bil daripada doktor berkenaan dia menjadi gementar kerana menyangka akan dikenakan caj kos perubatan yang tinggi. Membuka bil perubatan itu dia ternampak suatu di hujung bil dengan ayat..

"Telah dibayar dengan segelas susu"

Yang ikhlas, Dr Howard Kelly