Selepas perbicaraan berterusan selama tiga hari, Ali, tertuduh dalam perbicaraan menghampiri hakim dan berkata "Yang arif, saya mahu menukar pengakuan daripada tidak bersalah kepada bersalah"

Hakim berang dengan keputusan Ali lalu berkata "Kenapa kamu tidak berbuat demikian dari awal dan tidak membuang masa saya dan juri di sini?"

Dengan mudah Ali menjawab "Pada mulanya saya merasakan saya tidak bersalah sehinggalah saya mendapati kesemua bukti menunjukkan saya bersalah"