Anda semua tahu hari ini 16 Mei merupakan Hari Guru. Kita semua tahu jasa dan pengorbanan seorang manusia bergelar guru amat besar.

Sedar atau tidak guru adalah insan yang penting dalam hidup seseorang.

Guru membuatkan kita duduk dan mendengar selama 40 minit, yang mana kadang-kadang ibu bapa kita sendiri tak dapat lakukan.

Memberi kita rasa hebat walaupun hanya dapat markah C+ (dan juga membuat kita lebih keras disebabkan markah itu!). Guru membuat kita berdiri sepanjang waktu kelas kerana gagal siapkan kerja diberikan, bukan kerana membenci tapi kerana sayang dan juga sebagai ingatan bahawa pendidikan itu amat penting.

Pendidikan yang menukar nasib seseorang. Ejen pendidikan ialah guru. Pendidikan membentuk masa depan kita. Guru adalah pemangkinnya. Usman Awang, seorang sasterawan negara mengabdikan guru dalam sajaknya “Guru O Guru”.

Dalam sajak tersebut ada rangkap menunjukkan peranan penting pendidikan dan guru:

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Jelas sekali rangkap diatas menunjukkan peranan seorang guru membentuk kita melalui pendidikan. Guru membentuk perubahan dalam hidup kita.

Jadi kepada semua guru diluar sana. We salute you.

Selamat Hari Guru, Cikgu!