Ali berpindah rumah lalu encik Kamal seorang jiran lamanya terjumpanya lalu bertanya “Ali,macam mana dengan rumah baru kamu tu,suka?”

“Suka sangat. Saya ada bilik sendiri. Kakak ada bilik sendiri. Abang pun ada bilik dia sendiri” Jawab Ali sambil tersenyum.

“Tapi..” Tiba-tiba Ali muram. “Kenapa?” Balas encik Kamal ingin tahu.

“Kesian emak, dia masih kena kongsi bilik dengan ayah”