Pada 1 Sep 2009 petrol RON 97 naik dari RM 1.80 ke RM 2.05 seliter. Manakala
RON 95 naik dari RM 1.75 ke RM 1.80 seliter.

Disebabkan nak jimat bajet , saya pun guna RON 95 dari tarikh tersebut.
Mulanya tak perasaan perbezaan, sebabkan nak jimat duit.

Lama-lama saya perasaan kereta saya, 1500 cc Auto macam tak ada pick up,
lambat tukar gear. Jadi minggu ni (26 April 2010) saya buat ujian, guna RON
95 sampai habis, kemudian isi hampir penuh dengan RON 97. Terasa pick up,
tekan sikit pedal minyak, kereta meluncur laju, gear pun tukar cepat dan RPM
tak naik tinggi.

Kemudian saya buat ujian kereta lagi satu, 850 cc Manual. Juga hasil yang
sama, pedal minyak lebih ringan, pick up lebih sikit, enjin ada sikit
senyap.

Saya perlu buat ujian dalam seminggu ni , samada berbaloi atau tidak saya
guna RON 97. Mungkin mahal sikit, tapi kereta akan jimat minyak kerana ada
lebih power.

Ini mengikut ukuran fizikal saya. Saya mana ada lab dan bajet nak buat
ujian guna test equipment yang sebenar. Kenalah mana-mana 3rd party buat
ujian macam ni.

Mungkin pengguna lain boleh cuba. Kawan saya guna kereta Auto 2000 cc memang
kata RON 95 tak de pick up, jadi dia guna RON 97. Tapi kawan saya yang guna
kereta Auto 1200 cc pula kata RON 95 lebih baik.

Mungkin ianya bergantung pada jenis dan model kenderaan.

Bab yang gagal ujian SIRIM bukan saya kata, tapi dalam laman web Petronas
yang kata iaitu :
PRIMAX 95 meets the following specification : SIRIM MS 118: Part 2 : 2005
(EXCEPT for Reid Vapour Pressure)
http://www.mymesra.com.my/images/microsite/commercial/pdf/primax95.pdf

Tak pastilah apa maksud EXCEPT adakah gagal atau dia tak test Reid Vapour
Pressure.

Saya ni tak minat sabjek Kimia, tapi ingin tahu apa kaitan Vapour Pressure
dengan Flash Point dengan Fire Point.

Kerana masih tertanya-tanya akan artikel RON 95 Mudah Meletup Bila
Kemalangan ? di
http://waghih.blogspot.com/2010/04/ron-95-mudah-meletup-bila-kemalangan.html

* **RON 95

Saya akui, saya tidak mengetahui secara lengkap formula minyak RON 95
Malaysia. Namun, sebagai ahli Kimia, saya boleh la membuat sedikit hipotesis
mengenai kandungan RON 95 Malaysia.

RON 95 Malaysia pada amatan saya berbeza dengan RON 95 yang digunakan di
negara Australia dan Eropah. Sebagai seorang ahli kimia, saya sangat biasa
dengan bahan-bahan kimia. Pada amatan saya (maaf jika saya silap) RON 95 di
Malaysia mengandungi kandungan benzena yang banyak.

Ini kerana semasa saya mengisi minyak RON 95, bau minyak tersebut lebih
banyak berbau benzena. (saya biasa dengan bau benzena)….Jadi saya
menjangkakan bahawa kandungan RON 95 Malaysia mempunyai benzena yang tinggi.

Benzena mudah terbakar

Benzena adalah sebatian kimia organik dengan formula molekul C6H6. Benzena
tergolong dalam kumpulan hidrokarbon aromatik, tidak berwarna dan sangat
mudah terbakar. Kadar flash point benzena ialah -11 darjah celcius.

Sedangkan unsur lain dalam minyak RON 95 iaitu octane, walaupun mudah
terbakar namun tidaklah semudah benzena iaitu kadar flash point octane
adalah 4.5 darjah celcius, manakala flash point toluene adalah 4 darjah
celcius.

Ini bermakna, RON 97 kurang mudah terbakar daripada RON 95 kerana kadar
benzena RON 97 adalah lebih rendah daripada RON 95 sebab mempunyai kandungan
octane yang tinggi. Sedangkan RON 95, sangat mudah terbakar kerana mempunyai
kandungan benzena yang tinggi.

Itulah hipotesis yang dapat saya lakukan…(jika tersilap saya mohon maaf
kerana saya juga manusia biasa yang tidak lari daripada kesilapan)*

MSDS untuk RON 95 ada, tapi MSDS untuk RON 97 tak jumpa.

Bukankah pengguna berhak dibekalkan dengan MSDS atau Technical Specification
?

Lagi satu tertanya-tanya juga, kereta para menteri guna RON 95 atau RON 97 ?
Kereta-kereta kerajaan yang lain guna RON 95 atau RON 97, terutama kereta
peronda polis dan terutama sekali kereta peronda polis Mitsubishi Lancer tu?