Peristiwa yang akan diceritakan adalah adaptasi daripada kisah benar yang baharu berlaku beberapa jam lepas..

Seorang pemuda baru lepas hantar keretanya ke bengkel, disebabkan rakannya tak dapat mengambilnya di bengkel dia mengambil keputusan menaiki teksi untuk pulang ke rumah. Disebabkan bengkel berkenaan berdekatan dengan sebuah karnival yang sedang berlangsung, ada 2 orang gadis remaja duduk dibelakang, dalam perjalanan pulang dari karnival.

Driver : Anak muda sekarang tau nak bersuka ria je, takde cara lain ke nak cari hiburan?

Pemuda tersebut hanya mendengar, jelas dia seorang pendiam. Mendengar percakapan driver teksi, kedua-dua gadis yang duduk dibelakang terdiam sambil muka menjadi merah padam. Disebabkan tiada reaksi daripada pemuda berkenaan, driver terus berkata-kata.

Driver : Ini semua maksiat semata-mata(sambil sebelah tangan menunjuk kepada karnival), orang muda datang sini nak berjumpa, suka-suka lepas tu buat perkara x senonoh. Pakcik tau semua ni pasal pakcik selalu hantar orang pegi karnival tu.

Kedua-dua gadis dibelakang hanya diam membisu, sedikit masam. Sepanjang perjalanan ke rumah pemuda berkenaan, pemandu teksi menyambung sindiran ke atas hiburan orang muda remaja, maksiat yang akan berlaku disebabkan oleh adanya karnival tadi, karenah politik di negara ini, termasuk mengatakan bahawa perlunya ada “kabel” sekiranya mahu anaknya bekerja dengan sebuah jabatan kerajaan. Meleret-leret sehingga mendatangkan rasa rimas kepada penumpangnya

Ketika sampai ke destinasi, pemuda tadi yang hanya membisu tiba-tiba berkata..

Pemuda : Pakcik, yang pakcik hantar orang pergi karnival tu takpe ke? Bukan ke dah menyumbang kepada maksiat secara tak langsung?

Kata pemuda berkenaan sambil menghulurkan tambang.

 

 

KORANG PIKIR LA SENDIRI..