Di dalam unit ICU sebuah hospital, pesakit selalu meninggal dunia pada pukul 11 pagi setiap hari Ahad, tidak kira bagaimana keadaan kesihatan mereka.

Ini membingungkan para doktor, sehingga ada yang menganggap ini fenomena supernatural. Tiada siapa yang dapat menyelesaikan misteri ini yang sentiasa berlaku pada pukul 11 pagi Ahad. Jadi dikumpulkan pelbagai pakar perubatan seluruh dunia untuk menyiasat punca kejadian ini.

Pada hari ahad berikutnya, beberapa minit sebelum pukul 11 pagi kesemua doktor dan jururawat berkumpul di luar wad ICU tersebut dan cuba memerhati sebarang fenomena berkenaan.

Tepat jam 11 pagi, Abu, yang bekerja secara sambilan sebagai cleaner di wad ICU tersebut muncul lalu mencabut plug mesin penyambung hayat supaya dia dapat menggunakan penyedut hampagas untuk membersihkan wad tersebut. Kini misteri pukul 11 pagi Ahad terungkai..