Semasa kecil mungkin kita selalu mendengar pesan mak atau ayah ‘belajar rajin-rajin, nanti bila dah besar cari kerja yang elok'(..I myself included). Namun kini di dalam yang semakin cepat berubah, we need to adapt to new challenges..

Bayangkan ini..Jika anda lihat kehidupan seorang yang biasa, average, rajin, anda akan lihat laluan yang sama bagi semua orang. Kanak-kanak kecil lahir dan pergi ke sekolah. Ibu bapa berasa gembira kerana anaknya bagus dalam pelajaran, kemudian melanjutkan pelajaran ke kolej dan universiti. Menjadi seperti apa yang dirancang, ‘belajar rajin-rajin dan dapatkan kerja yang elok’. Kemudian mendapatkan pekerjaan selepas grad daripada kolej atau universiti. Mungkin dia menjadi peguam, doktor, jurutera, memasuki tentera atau pun bekerja dalam sektor awam. Umum kini kanak-kanak yang kecil telah dewasa, dapat wang daripada sumber pendapatan seperti diatas tadi, mula berbelanja..

Kemudian dia berkahwin dengan pasangannya. Hidup kini amat bahagia dan lebih-lebih lagi kedua-duanya bekerja. Dua income dalam keluarga adalah baik(..kebanyakan pasangan sekarang bekerja). Kemudian dengan wang yang ada mereka mula membeli keperluan dan kehendak masing-masing. Beli rumah, kereta, perabot, tv LCD, melancong dan pelbagai lagi. Tidak lama kemudian mereka mendapat anak sebagai ahli keluarga, rasa hidup cukup indah dan bahagia. Segalanya hampir lengkap dengan kehadiran anak. Begitu juga dengan hal lain, keperluan untuk menggunakan wang semakin bertambah.

Pasangan yang bahagia tadi memutuskan kareer mereka adalah penting sebagai punca pendapatan. Mereka mula bekerja keras, cuba mendapat kenaikan gaji dan yang penting; kenaikan pangkat. Pendapatan mereka bertambah, begitu juga dengan kos sara hidup kerana kini ahli keluarga bertambah, rumah yang kecil tadi perlu direnovate. Mereka semakin rajin dan memfokus kepada kareer, dapat lagi naik pangkat. Kadangkala mereka cari extra income. Maka pendapatan juga meningkat begitu juga cukai pendapatan yang kena dibayar yang semakin tinggi (..gaji kecil cukai kecil, gaji besar tax bracket pun besar), juga pelbagai lagi jenis cukai lain seperti cukai pintu, GST bla bla bla. Mereka dapat big paycheck tapi tak tahu kemana wang tersebut mengalir keluar.

Anak-anak kini makin mambesar dan keperluan menyimpan wang untuk pendidikan masa depan mereka adalah penting, begitu juga simpanan untuk diri sendiri ketika bersara nanti (..ini bukan untuk menakutkan, tapi ingin mengingatkan. Kebanyakan simpanan EPF seorang biasanya akan habis selepas 3 tahun, fakta daripada kajian EPF sendiri).

Pasangan yang bahagia tadi, lahir 35 tahun yang lalu kini terjebak didalam satu perlumbaan dipanggil RAT RACE sehingga mereka tua. Mereka bekerja keras untuk majikan, bekerja keras kepada kerajaan dengan membayar cukai, kemudian bekerja keras untuk pihak bank kerana mahu bayar pinjaman kereta, rumah,kad kredit etc. Kemudian mereka menasihati anak-anak mereka ‘belajar rajin-rajin dan dapatkan kerja yang elok’. Mereka tidak mendapat apa-apa pengajaran berkenaan kewangan dan terus bekerja keras sepanjang mereka hidup. Proses ini berulang untuk generasi seterusnya..

Share

Share on Facebook