Memetik daripada posting blog sebelum ini, kelewatan LHDN memulangkan cukai terlebih bayar kepada pembayar cukai bukan isu baru. Berdasarkan pengalaman aku sendiri yg duduk di unit pungutan(tapi tidak handle proses bayaran balik) proses bayaran balik tidak sukar, namun membabitkan jalan kerja(workflow) yg panjang.

Sebelum diterangkan lebih panjang lagi mari kita bermula dengan unit yg proses bayaran balik itu sendiri iaitu unit pungutan cawangan. Mostly setiap unit pungutan di setiap cawangan ada 2 unit iaitu tunggakan hasil dan bayaran balik. Bagi cawangan kecil pegawai bayaran balik bercampur dengan pegawai tunggakan hasil, manakala cawangan besar seperti Jalan Duta, unit bayaran balik adalah standalone unit.

Tunggakan hasil(there’s where I am) menjalankan proses memungut cukai tertunggak, tidak kira samada cukai tahun semasa atau tahun kebelakangan(backdated). As long as seseorang pembayar cukai ada baki tertunggak maka aku kena hantar surat peringatan(love letter..hehe) untuk memungut baki tertunggak. Ia boleh jadi surat peringatan biasa, arahan kepada majikan untuk memotong gaji, tindakan mahkamah(fuyyoo aku boleh saman orang!!), hinggalah yg terakhir iaitu sekatan perjalanan ke luar negeri atau Seksyen 104.

As the name goes bayaran balik adalah opposite dengan tunggakan hasil, iaitu memulangkan cukai terlebih bayar kepada pembayar cukai. Bagaimana bayaran balik boleh berlaku rasanya dah aku terangkan dalam post sebelum nih. Cawangan HQ iaitu Jalan Duta akan sentiasa hantar list pembayar cukai kepada cawangan untuk membuat proses bayaran balik berdasarkan amaun yg di pick-up di lejar akaun pembayar cukai. Namun begitu cawangan tidak perlu menunggu list dari HQ, as long as pegawai tahu yg akaun anda menunjukkan “kredit boleh dibayar balik”, then LHDN boleh buat refund kepada anda. Sebab tu kadangkala ade kes dimana pembayar cukai tiba2 dapat cek dari LHDN tapi tidak tahu yg akaun nya menunjukkan cukai terlebih bayar. Best kan? Tetiba dapat cek!!

Untuk pengetahuan anda, sekiranya anda buat tax returns menggunakan perkhidmatan e-Filing(which is free) anda tak perlu membuat permohonan bayaran balik, pihak LHDN boleh terus memproses bayaran balik sekiranya tiada masalah(salah isi borang, terlebih claim pelepasan, etc) dengan tax returns yg anda buat.

Proses bayaran bermula dengan semakan ke atas borang yg telah dihantar oleh pembayar cukai (samada borang B atau BE), pegawai akan semak samada kesilapan pengisian borang wujud atau tidak. Sekiranya pegawai rasa ada irregularity di borang seperti terlebih claim, atau ape sahaja yg nampak x betul (contohnya tiada pendapatan dari dividen namun ade claim rebat Seksyen 110), maka pegawai kena hold proses bayaran balik anda dan submit fail anda ke unit audit meja (seperti diperkatakan oleh Ketua Audit Negara di artikel di post sebelum ini). Jika tiada masalah maka pegawai penyedia akan hantar fail ke pegawai penyokong(macam mengundi plak ye). Pegawai penyokong(biasanya timbalan ketua unit pungutan) akan semak dan sokong tindakan pegawai penyedia sekiranya tiada kesilapan dibuat kemudian fail dihantar ke pegawai pelulus(biasanya ketua unit pungutan).

Bile pegawai pelulus berpuas hati dan proses bayaran balik diluluskan, maka permohon tadi akan diterima di HQ(Jalan Duta). Unit akaun di HQ akan cetak cek bayaran balik dan pos kepada anda. Bile anda terima cek, anda boleh bank-in di bank. Sekiranya ada masalah seperti cek di reject maka anda perlu pulangkan semula ke LHDN supaya LHDN boleh keluarkan cek yg baru. Perlu dingat disini bahawa unit pungutan cuma menyedia dan memproses bayaran balik anda, yg menghantar cek tersebut adalah Cawangan Jalan Duta, KL.

Seperti diceritakan di perenggan sebelum ini, sekiranya proses bayaran balik anda kena hold, maka perjalanan proses membayar balik tersebut menjadi lebih panjang. Ini kerana unit audit meja ke buat audit ke atas tax returns anda, and everything is scrutinised under microscope. Sekiranya ada kesilapan di borang seperti terlebih claim, tuntut pelepasan isteri walaupun isteri sebenarnya ada income dan perlu buat tax returns, salah isi amaun insuran nyawa/pendidikan, dan banyak lagi kesilapan lain(nak ditulis banyak lagi..), maka pembetulan akan dibuat dan penalti akan dikenakan(penalti silap isi borang). Sudah tentu ini akan mengurangkan amaun bayaran balik yg boleh dibuat kepada anda(kadang2 ada kes dimana selepas diaudit, pembayar cukai tiada lagi bayaran balik boleh dibuat and worse off akaun anda menunjukkan anda ada tunggakan pula, naya kan?).

Maka disini ingin aku tekankan bahawa anda pembayar cukai perlu jujur dalam buat tax returns supaya anda tidak menyusahkan LHDN dan LEBIH PENTING LAGI TIDAK MENYUSAHKAN DIRI ANDA..

Terima kasih kerana sudi membaca tulisan saya!!

Share on Facebook

Share