Sistem taksir sendiri(STS) telah bermula untuk syarikat sejak tahun 2001, manakala untuk individu bermula tahun 2004. Sebenarnya tujuan asal sistem ini dimulakan adalah untuk memudahkan pihak LHDN membuat pemungutan cukai dengan memberi tanggungjawab kepada pembayar cukai sendiri untuk pematuhan terhadap cukai (tax compliance). Ini adalah amat berbeza daripada system sebelum tahun 2004 dimana pembayar cukai hanya perlu isi borang return, hantar dan tunggu jawapan daripada LHDN. Menggunakan borang yg diisi tadi maka penaksiran(assessment) akan dibuat dan notis atau surat akan dihantar kepada pembayar cukai(senang cite borang J la..)Pembayar cukai perlu buat bayaran mengikut taksiran yg telah dibuat, kegagalan untuk membayar cukaiyg dikenakan akan menyebabkan notis pemberitahuan dan penalty akan dihantar.


Dibawah sistem taksir sendiri, pembayar cukai adalah dikehendaki mengisi borang return, kira pendapatan yg dikenakan cukai, dan bayar baki cukai yg kena dibayar. Kesemua proses ini adalah dilakukan sendiri oleh pembayar cukai tanpa intervention oleh pegawai LHDN. Tiada demand of payment akan dibuat oleh LHDN. Kesemua tanggungjawab tadi adalah dibawah satu pihak sahaja iaitu pembayar cukai. Pembayar cukai perlu buat kesemua ini dalam tempoh dibenarkan, kegagalan berbuat demikian; sama ada salah isi borang, lewat bayar, atau kesalahan lain yg menyalahi Akta Cukai Pendapatan 1967 akan menyebabkan penalti atau query daripada LHDN. Sudah tentu individu yg baik dan bertanggungjawab akan berhati-hati membuat perkiraan untuk mengelakkan kesilapan serta penalty dan sebarang bentuk hukuman lain.


Ingin saya tekankan disini bahawa Borang J tidak lagi dikeluarkan semenjak Sistem Taksir Sendiri dimulakan iaitu bermula tahun 2004. Ini kerana kalau sesiapa disini yg pernah isi borang B atau BE yg baru, kalau korang baca btol2 kat muka surat 2 ada menyatakan borang B/BE yg korang isi itulah dianggap Borang J. So sebelum korang hantar borang B/BE tersebut maka eloklah dibuat satu salinan fotokopi untuk rekod korang. Lagipun berdasarkan pengalaman sepanjang 2 tahun nih, banyak bank masih mahukan Borang J(bagi sesapa yg nak buat loan) walaupun tahu yg Borang J tak lagi dikeluarkan. Even pengesahan penerimaan e-borang(korang dapat bile buat tax return pakai e-filing) pon x diterima oleh bank walaupun itu lebih kurang macam borang J.


Aku sendiri pernah sound sorang caller(x tau sape, banker atau bank agent) yg nak tau personal tax info seseorang pasal dia buat bank loan. Maklumat anda di LHDN adalah rahsia bermakna apabila anda berurusan dgn LHDN, tiada maklumat anda disalur kepada 3rd party, not even your wife,husband,children or whomsoever. LHDN mempunyai code of conduct (atau amalan integriti) tersendiri yg amat ketat( yelah benda berkaitan duit n hasil negara, kena la jaga btol2, kan?).


Bersambung…