Apa itu cukai? Cukai adalah bayaran yang dikutip oleh kerajaan untuk membiaya perbelanjaan negara. Kebanyakan negara di dunia menggunakan cukai sebagai salah satu hasil kepada negara. Namun ada juga negara yg tidak mengamalkan pemungutan cukai seperti sebahagian negara-negara arab.

Aku dapat tahu semua ni berdasarkan surat tawaran kerja yg ditunjukkan oleh beberapa engineer (mostly yg berkerja di bidang petroleum) yg datang ke office LHDN untuk buat clearence(setiap org yg akan bekerja diluar negara mesti memaklumkan LHDN dalam tempoh 90 hari supaya clearence dpt dibuat) so kepada girls di luar sana kalau nak hidup senang, kahwin dgn engineer yg nak kerja overseas!(aku pernah jumpa salah sorang engineer yg dioffer gaji 17,000 dirham= +RM17,000 keja di UAE, kat UAE xde income tax, so enjoy gaji!)

Berbalik kepada topik utama, hasil negara boleh dibahagi kepada 2 jenis, iaitu hasil cukai dan hasil bukan cukai. Hasil cukai pula boleh dibahagi kepada 2 jenis iaitu cukai langsung dan cukai tidak langsung. Cukai langsung ialah cukai pendapatan manakala cukai tak langsung adalah seperti duti import, cukai rokok(kastam yg kutip),government service tax (5% yg korang bayar kat fast food) dan lain lain lagi(nak diberi contoh banyak lagi). Yang akan ditekankan disini adalah cukai pendapatan. Untuk pengetahuan semua cukai pendapatan dibahagi kepada 2 kategori, cukai syarikat dan cukai selain syarikat.

Untuk pengetahuan korang, tahun lepas (2008) cukai pendapatan yg dibayar oleh individu dan syarikat ialah RM 90 bilion. Jumlah bersih ialah kira-kira RM 85 bilion. Mana pergi lagi RM 5 bilion? Jumlah bersih ialah jumlah kasar ditolak dengan bayaran balik(RM 5 bilion tadi adalah bayaran balik) yg dibuat oleh LHDN kepada pembayar cukai (individu dan syarikat)yang terlebih bayar cukai pendapatan. Daripada RM 85 bilion tadi, kira-kira 80 % adalah daripada bayaran cukai syarikat manakala baki 20% adalah bayaran cukai individu. 80% daripada 4.5 juta pembayar cukai adalah pembayar cukai individu manakala baki 20% ialah pembayar cukai syarikat(cukai korporat). Terbalik, kan? Tahun ini kerajaan dah set target untuk LHDN memungut cukai pendapatan sebanyak kira-kira RM 98 bilion secara kasar(rasanye payah nak capai target ni-pendapat peribadi aku).

Petronas adalah penyumbang besar kepada cukai pendapatan negara.Kalau x silap tahun 2008 saja Petronas dah bayar kepada kerajaan RM 32 bilion dalam bentuk cukai pendapatan(sebab minyak pada pasaran global melonjak ke paras paling tinggi iaitu USD 147 dollar/barrel tahun lepas, sebelum krisis ekonomi melanda). Itu belum kira lagi zakat, bayaran dividen khas kepada kerajaan persekutuan dan bayaran royalti kepada negeri2 berkenaan. No wonder kerajaan x jadikan Petronas syarikat awam, takut-takut nanti ramai berebut nakkan keuntungan mereka.


Bersambung…