Daripada pengalaman sendiri(ramai yg xtau ape benda nya PCB tuh) , PCB – Potongan Cukai Berjadual; adalah dianggap advance payment daripada pembayar cukai yang layak dipotong daripada gaji/saraan bulanan.

Biasanya gaji RM2,500 ke atas(selepas tolak EPF) adalah layak dipotong PCB. Jangan menganggap jika PCB dipotong, anda telah membayar cukai. Anda masih perlu menghantar borang nyata cukai pendapatan (borang BE bagi yg makan gaji, Borang B bagi ade pendapatan dr bisnes) x kira sama ada hantar borang secara pos atau e-filing.(FIY kesalahan x menghantar borang lebih berat daripada lewat membayar cukai! silap haribulan korang meringkuk dalam lokap – itu hukumannya)

Sebenarnya PCB hanyalah mengurangkan beban cukai kena dibayar. Hanya bayar baki cukai setelah ditolak PCB atau tunggu cek bayaran balik cukai terlebih bayar(PCB melebihi cukai dikenakan).

Apa kelebihan PCB? korang x perlu kuar duit banyak2 lepas submit borang untuk byr baki cukai kerana PCB telah mengurangkan baki cukai kena dibayar. Satu lagi kelebihan Pc ialah korang ada advantage daripada segi penalti( biasanya Penalti Seksyen 103 Akta Cukai Pendapatan 1967, jgn beritau org lain pasal yg ni-ini rahsia org LHDN je yg tau!).

Sistem potongan PCB adalah dikire mengikut jadual PCB atau formula. Terbaru sistem ini memudahkan korang kira PCB bulanan, seolah-olah korang hantar borang cukai setiap bulan disebabkan korang boleh masukkan tuntutan pelepasan setiap bulan(itu kena tanya HR department majikan sendiri ye).

Lastly, ade cara untuk mengurangkan potongan PCB sebenarnya, iaitu zakat. Zakat akan di off-set dengan PCB dan mengurangkan PCB secara x langsung..

Itu sahaja sedikit ulasan daripada saya..

Higher monthly deductions mean no year-end lump sum payment

Posted using ShareThis