Seramai 103 orang telah meninggal dunia di Mexico(sehingga artikel ini ditulis) akibat daripada jangkitan selsema babi atau swine flu. Virus dengan varian baru H1N1 telah menyebabkan World Health Organisation(WHO) mengumumkan bahawa selsema babi berkemungkinan boleh menyebabkan pandemik. Langkah awal telah dimulakan oleh kebanyakan negara untuk mengawal dan menghalang wabak selsema babi ini daripada merebak.

Apakah itu selsema babi? Selsema babi adalah satu penyakit respiratori babi. Biasanya menyebabkan demam panas dalam babi tetapi menunjukkan kadar kematian yang rendah.

Bagaimana ia merebak? Biasanya selsema babi tidak menjangkiti manusia, walaupun ia ada terjadi melalui kontak dengan babi yg dijangkiti atau kehampiran dengannya.

Apakah simptomnya? Sama dengan selsema yang biasa, demam panas, batuk, kepenatan, sakit tekak dan kurang selera makan. Terdapat juga sesetengah kes menunjukkan simptom lain seperti muntah-muntah dan diarrhoea.

Selsema babi hampir tidak pernah disaksikan sebelum ini. Ini kerana virus selsema sentiasa bermutasi secara berterusan jadi adalah biasa untuk selsema untuk muncul dalam jenis yg baru. Babi juga boleh dijangkiti oleh selsema biasa dan juga selsema burung dan situasi selsema babi ini seolah-olah membawa genetik dari ketiga-tiga jenis selsema.

Selsema babi tegar terhadap 2 jenis ubatan, iaitu Amintadine dan Rimantadine. Selsema babi jenis H1N1 berbeza dengan selsema biasa jenis H1N1. Maka vaksin biasa untuk manusia bagi selsema ini tidak berkesan. Namun begitu vaksin baru telah bersiap sedia untukdikeluarkan sekiranya situasi menyebabkan ia perlu.

Bolehkan manusia dijangkiti selsema babi melalui daging babi? Jawapannya tidak.Virus selsema babi tidak dibawa melalui daging babi. Produk daging babi yg diproses dengan rapi adalah selamat. Virus ini akan mati sekiranya daging babi dimasak dengan suhu melebihi 70 darjah celcius.

-diharapkan tulisan di atas dapat membantu anda-