sejak akhir2 ini aku saya rasa malas btol nak buat keja dah(stats tahunan dah capai rupenye!!)
semasa saya mula sebagai penuntut ijazah pengurusan saya ada mempelajari mengenai ciri2 pemerintahan organisasi.

terdapat 2 jenis pemerintahan organisasi iaitu traditional dan saintifik. ingin saya fokuskan disini ialah pemerintahan tradisional. salah satu cabang dibawah pemerintahan tradisional ialah birokratik(amalan biasa organisasi di seluruh dunia, Malaysia tidak terkecuali.termasuklah majikan saya sekarang)

anda semua tentu tahu atau sekurang-kurangnya tahu apa ciri2 pemerintahan secara birokratik.
ia memfokus kepada seluruh organisasi berbanding pemerintahan secara saintifik yg memfokus kepada salah satu pengurus atau pekerja.

perbandingan daripada apa yang saya lalui sebagai pekerja dan apa yg saya pelajari dahulu adalah nyata.

kelemahan birokratik ialah perlahan kerana melibatkan byk komunikasi menegak(top bos ke lower level bos) sekaligus mewujudkan ketakseragaman komunikasi bos dan pekerja. namun ada kadangkala saya suka melihat bos yg melanggar halangan komunikasi menyebabkan pekerja sukakan cara bos ini.

saya perasan cara komunikasi bos wanita dgn pekerja adalah berbeza dgn komunikasi bos lelaki dgn pekerja. ada sesetengah yg bersikap lebih eksekutif(macam berpangkat eksekutif, walaupun jawatan yg dipegang bukan eksekutif). ini adalah kerana lelaki bersikap lebih praktikal, berbanding wanita lebih emosional.

saya melihat bagaimana pekerja wanita disini cenderung untuk membenci atau tidak menyukai pekerja wanita lain berbanding lelaki. ini disebabkan cawangan saya adalah kecil, jadi persekitaran politik yg kecil menyebabkan kita mudah mengetahui konflik kepentingan antara pekerja yg kadang2 amat ketara berlaku.

pekerja lelaki dipejabat saya adalah kurang. saya anggarkan lebih kurang ada 2/7 daripada hampir 200 staf disini adalah lelaki.(saya adalah satu-satunya staf lelaki di unit yg dikelilingi staf wanita, walaupun ada 4-5 org staf lelaki di unit saya) bayangkan jika anda berada di tempat saya, anda boleh lihat apa yg berlaku setiap hari apa yg dibuat oleh staf wanita ketika waktu kerja(gosip, jual beli barang etc).

ada bos yg amat disukai manakala ada yg dibenci. disukai kerana pandai mengambil hati staf manakala dibenci kerana tidak pernah turun atau keluar daripada bilik bos untuk jenguk apa yg staf buat. ini kadang2 menyebabkan motivasi pekerja turun naik dek kerana sikap bos.

semua tahu pekerja amat sensitif apabila bercakap mengenai bonus kerana ia adalah satu2 perkara yg amat ditunggu2 oleh pekerja. saya melihat perkara ini adalah benda yg biasa kerana kita sudah biasa dengan sogokan dan ganjaran sejak daripada dahulu lagi.

namun apa yg saya suka lihat adalah attitud dan mentaliti. kita boleh bezakan mentaliti pekerja dan bos, pekerja cemerlang dan pekerja yg biasa(asalkan gaji jalan bolehlah buat kerja). kadang2 saya rasa jelak dengan sikap sesetengah pekerja yg terlalu mengharap ganjaran yg tinggi sedangkan kerja/pencapaian individu tersebut biasa sahaja.

apabila majikan memperkenalkan sistem penilaian secara KPI(key performance indicator), saya rasa ia amat perlu kerana di hujung tahun kita boleh melihat bagaimana bezanya pencapaian staf yg cemerlang dan tahu buat kerja berbanding staf yg pandai gosip dan berpolitik yg hanya harapkan gaji-boleh-jalan.

sekian.