Kejatuhan harga minyak dunia daripada harga tertinggi $147 kepada $60 setong merupakan satu berita baik kepada rakyat.namun sedarkah kita ianya berita kurang baik kepada kerajaan.rakyat menjangkakan dgn turunnya harga minyak akan memberi kesan kpd harga barangan dan mungkin membawa kpd deflasi, namun turunnya harga minyak membawa makna akan berlaku pengurangan pendapatan daripada hasil minyak.

Tahukah anda semasa Bajet 2009 dibentangkan, kerajaan mengira jangkaan pendapatan daripada hasil negara pada ketika minyak dunia berharga $125 setong.namun semasa post ini ditulis harga minyak dunia berada pada $65 setong. bayangkan jika keadaan harga ini terus kekal atau terus menjunam sehingga ke tahun hadapan, negara akan kehilangan hampir atau lebih daripada separuh pendapatan daripada yang sepatutnya.

Walaupun beberapa bulan yang lalu OPEC telah mengumumkan akan mengurangkan pengeluaran semasa minyak daripada 13 negara anggota untuk mengawal penurunan drastik harga minyak di pasaran dunia, situasi tidak berubah sedikit pun. Malah terdapat sesetengah ahli ekonomi mengjangkakan permintaan minyak mungkin akan terus menurun untuk beberapa tahun. ini disebabkan oleh ketakutan pelabur dan penganalisis ekonomi terhadap kejatuhan ekonomi Amerika. krisis kewangan yang masih diperingkat kritikal yang menyaksikan tindakan drastik beberapa buah negara untuk menyelamatkan institusi kewangan mereka masih belum menampakkan kesan positif.

Ini seterusnya memberi kesan kepada para pelabur yang khuatir bahawa krisis ekonomi Amerika akan memberi kesan domino terhadap negara lain yang saling bergantung kepada Amerika. Malaysia juga tidak berkecuali dalam hal ini. Ekonomi negara masih lagi kukuh walaupun indeks di bursa saham yang menunjukkan keyakinan pelabur terhadap negara terus merudum. mungkinkah Malaysia akan terheret sama ke dalam kancah ekonomi dunia masih lagi belum diketahui. kesan yang dapat dilihat hari ini dimana pembelian helikopter baru untuk menggantikan Nuri ditangguhkan sehingga ekonomi kembali stabil.

fikir-fikirkanlah kerana masa depan terletak di tangan kita sendiri…